Kursus Pengendali Makanan

SALAM.

Syarikat CREATE OPPORTONITIES SDN. BHD. yang merupakan sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Kod SLPM : A/B/007) di bawah Koordinasi Encik Mohd Syaiful Bahtiar Bin Nan akan menganjurkan Kursus Pengendali Makanan (Kursus Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan) bermula 04-05/07/2009 dan minggu-minggu berikutnya di No. 9-2, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Selain daripada itu belia turut menjadi penceramah jemputan untuk SLPM, Syarikat Kendali Bersih yang mana beliau akan memulakan sessi Jelajah Negeri Kelantan bermula pada tarikh yang sama (04-05/07/2009), diikuti 11-12/07/2009, 18-19/07/2009, 25-26/07/2009, 01-02/08/2009, 08-09/08/2009, 15-16/08/2009, 22-23/08/2009, 29-30/08/2009, 05-06/09/2009 dan minggu ke 2 bulan Ramadhan, 1430H, bersamaan 12-13/09/2009.

PENSIJILAN HALAL

SALAM.

Saya juga menawarkan perkhidmatan perundingan bagi Pensijilan HALAL – HDC di mana pihak kami akan:

1. membantu permohonan Sijil HALAL secara ON-line

2. Menyediakan dokumen lengkap bagi keperluan sijil HALAL

3. Pra Audit HALAL (site-visit)

4. Menyediakan Laporan Pra-Audit HALAL

5. Audit HALAL (site-visit)

6.Menyediakan Laporan Pra-Audit HALAL & Closing Meeting

7. Khidmat Nasihat & panduan umum berkenaan HALAL kepeda Pekerja.

Semua kos diatas ialah RM5,ooo.oo SAHAJA (tidak termasuk lain-lain kos yang terlibat)

BERMINAT?

Hubungi;

Mohd Syaiful Bahtiar bin Nan

H/p: 012-2709896/013-9655210

Tel/Fax: 03-61414353

Kursus akan datang

SALAM.

Bagi mana-mana individu yang berminat, KURSUS ASAS KEBERSIHAN & KESELAMATAN MAKANAN @ KURSUS PENGENDALI MAKANAN seterusnya akan diadakan di :

H-03-04, PUSAT PERNIAGAAN KINRARA, PSN KINRARA, 47100 PUCHONG SELANGOR.

Tempat terhad kepada 20 orang terawal sahaja. Tarikh masih belum diputuskan tetapi mungkin diadakan pada salah satu hari semasa cuti sekolah bulan, INSYAALLAH bermula hujung minggu ini…

Jika ada yang berminat untuk menghadiri kursus di pusat latihan kami, ianya diadakan di CREATE OPPORTUNITIES SDN. BHD. No. 9, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tarikh kursus adalah terbuka tetapi hanya akan disahkan sekiranya bilangan peserta untuk satu-satu tarikh adalah minimum 15 orang.

TERIMA KASIH

Mohd Syaiful Bahtiar Bin Nan

Tenaga Pengajar

H/p: 012-2709896/013-9655210

Tel/Faks : 03-61414353

Avani Oxygen Water Corporation Sdn. Bhd.

SALAM.

Baru-baru ini, saya telah mengadakan Kursus Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan atau Kursus pengendali makanan & butirannya adalah seperti berikut:

TARIKH : 05 MAC 2009

HARI : KHAMIS

MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG

LOKASI : NO. 36, JALAN TAGO 9, KAWASAN PERINDUSTRIAN TAGO, 52200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) : MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Seramai 7 orang peserta terlibat di mana kursus berlangsung di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1. Diantara nama-nama yang terlibat ialah :

1. Keith A. Wilson

2. Teh Sze Sian

3. Noor Shan Bin Umar

4. Rohmaniyeh Binti Rasi

5. Nopri Yanita Binti Safril

6. Theilagawathy A/P Suppiah

7. Ganesh A/L Letchamanan

Saya mengucakan terima kasih kepada pihak syarikat yang telah menjemput saya untuk menjalankan kursus di atas & diharap agar ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dikonsgi bersama akan dapat dimanfaatkan sebaiknya serta diamalkan dalam memastikan “Air Minuman Beroksigen” yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat.

TERIMA KASIH.

Kursus Pre-requisite Program (PRP) to Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) di Negara Brunei Darussalam

SALAM.

ALHAMDULILLAH! Saya telah melaksanakan dengan jayanya 6 program PRP to HACCP di Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam iaitu:

  1. STORAGE MANAGEMENT AND DISTRIBUTION CONTROL pada 18-19 November 2008
  2. PRODUCT DEFECT ACTION pada 1-3 Disember 2008
  3. PEST CONTROL AND CHEMICAL CONTROL pada 15-17 Disember 2008
  4. WATER QUALITY AND WASTE MANAGEMENT PROGRAM pada 6-8 Januari 2009
  5. PREVENTIVE MAINTENANCE & CALIBRATION pada 19-21 Januari 2009
  6. TRAINING ON COMPANY’S PERSONNEL pada 2-4 Februari 2009

Diantara peserta-peserta yang HADIR ialah:

  1. Jabatan Pertanian – Unit Kawalan Mutu, Unit Lepas Tuai dan Unit Pemprosesan Makanan
  2. Jabatan Perikanan
  3. Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal
  4. Sekolah Vokasional Wasan
  5. Herbru Sdn. Bhd. = Pengusaha Herba di dalam Kapsul (GMP)
  6. Super Water Marketing Sdn. Bhd. = Air Oksigen (ISO 9001:2008 Certified)
  7. SPHI = Karipap Frozen
  8. Alai Nadhirah Ha’afizah Enterprise (ANHE) = Homemade Recipe – Kuih Mor & kuih-kuih tradisional
  9. WARISAN UMMI = Kek Lapis, Pes Rempah Ratus SEGERA, Biskut
  10. ISRA FKH ENTERPRISE = Popia Frozen, Peruncitan
  11. Mazli Caters = Fish Ball & Fish Cake and Crab Meat
  12. Pangeran Haji Zainal = Mee Kuning
  13. Ferre Cake House = Rotty Boy, Cake Mr. Robert Tan
  14. Mashhor Dairy Farm = Susu Segar & Ternakan Lembu Susu
  15. Ideal Food Industry Sdn. Bhd. = Cafe & Poultry Farm + Processing
  16. Syarikat Pangeran Fatimah Bte Pangiran Haji Aji & Anak – Anak = Ikan Liking No. 1 Buatan Tempatan / Ikan segar & Seafood
  17. Silver Dolphin Sdn. Bhd. = Frozen Ostrich Meat / Smoked Ostrich Meat
  18. Perusahaan Haji Kalong
  19. BMC = Brunei Meat Company
  20. RBC = Royal Brunei Catering
  21. Kak Rosnah = Kambing & Pakej AKIKAH & QURBAN
  22. Hajah Noraini = Noraini Bakery
  23. Haji Rosli Bin Mat Melaka = Cili Giling

Syarikat Think PAD Technologies yang diketuai oleh Puan Aida Rafficca Bt Bolhassan dan dikoordinasikan oleh En. Abdul Rahman bin Tahir telah menjadi Syarikat “Training Provider” yang telah bertungkus-lunus untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar & Selamat.

Akhir Kata; Semoga segala usaha murni oleh Pihak Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, melalui Pusat Standard Kebangsaan akan merialisasikan Pengusaha-Pengusaha yang Berkualiti, Selamat dan mempunyai Standard yang tinngi iaitu HACCP.

Wassalam.

Mohd Syaiful Bahtiar Bin Nan

Penceramah/Perunding

b/p Think PAD Technologies

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

eid mubarak

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini.

Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam.

Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.

Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih :

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي

بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…”

(Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat.

Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Berdasarkan sabda Nabi SAW

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..”

( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) .

Aisyah menyebut

: كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban”

( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)”

(Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith ” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Oktober 2006

(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya

Selasa 7 Oktober 2008 | 6 Shawwal 1429 Hijrah

Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya
Ustaz Zainudin Hashim
Sun | Oct 07, 07 | 12:33:15 pm MYT
Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Iklan

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?

Tepuk dada tanda iman! – mks._